salam

bckground

Menghitung Hari

Sunday 29 January 2012

Andai Lelaki Tahu..

" Tanpa lelaki, sunyilah wanita..tanpa wanita peninglah lelaki "




Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata,  “Tolong tinggalkan saya!”,

dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,

percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.

Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.


Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.




Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.





Saturday 28 January 2012

7 Janji Dan Sumpah Iblis Kepada Wanita



Disebabkan Pinky juga seorang wanita bergelar muslimah, jadi Pinky ingat nak berkongsi apa yang Pinky dapat dan apa yang Pinky terbaca ni...Rasenye tak salah kalau Pinky share ngan teman-teman blog Pinky kan?
Lagipun selalu kiter dengar 'sharing is caring'...Moga ini menjadi peringatan wat kiter yang bergelar MUSLIMAH.

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagian siku hingga telapak tangan.
“Ah! Tak pe pun, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang.” Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, “Hah,tak apa-apa kan?”

2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
“Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan udara agar tidak panas. Trylah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka.”
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk “V”.

3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang.”
Maka tergodalah si wanita. “Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin,” begitulah syaitan menambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
“Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa.”
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.


5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih “power”. Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. “Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung.”

6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi.
“Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan.”
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, “Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut”
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.
Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak salah disisi agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, “Ah, jelas tidak salah. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini.”
“Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?” hati si wanita curiga.
“Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?” syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu. Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!


Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! 


Nauzubillah…

P/S : Peringatan untuk Kiter smua. "RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL" ^-^

WANITA






Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com




Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa


Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh






Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi


Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk


Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa


Engkaulah wanita istimewa


Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan





UNIC - Doa Dhuha

Monday 16 January 2012

Release Tension Bertambah Tension

Semalam ari Ahad, 16 haribulan. Aku n kengkawan serumah da berpakat tuk jalan-jalan kat Shah Alam. Kitorang kua kul 8 pagi pas sarapan Nasi Lemak Cik Kiah. Ermmm masakan cik Kiah sedappppp sangat- sangat. Cik Kiah ni Master Chef kat asrama. Selalunye kalau tak masak kat umah, kitorang amik makanan kat Cik Kiah ni..hehe

K la, sambung citer, pas makan nasi lemak kitorang ber6 menuju ke Shah Alam..sebenarnye kitorang 5orang berpakat tuk wat surprise kat kawan yang sorang ni...al-maklum la..busday gurl...ekeke
bermulanye perjalanan kitorang..

Lokasi Pertama: Pasar Tani Stadium Shah Alam



ermmm..kat sni punyela besaq pasar dia...dari kul 9 sampai kul 11...ha!! susah benor nak dapatkan parking...skali da dapat kat bahagian dalam soooo...jalan la sampai puas..dalam keadaan ngah sengkek coz masing-masing duk menyimpan wit...last sekali, apepun ktorang x beli kcuali jajan yang ley ktorang makan2 di tempat utama nanti...hehe n yang terpenting skali kitorang beli moist chocolate cake...(jenuh gak nak melarikan diri daripada busday gurl cz die x taw pun planning ktorg ni)=)


antara jajanan yang dibeli

makanan da abiss!!!!

abis shopping makanan...kitorang sume g kat kete...nak d jadikan cerita...salah sorang dari kitorg ber6 da xder dalam group kitorang...kol punye kol..xley...kol ag sampai boleh...last skali..."sorry!!please try later"...wakakaka...lawak aper ni...huhuhu
try ag..pastu " this is the voice mailbox msg"...ya ampun!!!
aku kelaparan....jom kengkawan kiter dok kat blakang kete ni...makan sementara tggu kawan yang sorang ni. Makan sampai abis air n kepok baru kawan ni sampai. Ermmm tadi nak cari parking susah, skarang nak kua parking pun susah ker???mak aiii....ramai nye umat nabi kat sini....
haaaaaaaaaaaaa......agak2 ape ek yang kitorang wat sementara nak tggu kua parking...ermmmm

 bersambung..........

Saturday 14 January 2012

LirikNasyid.com : Devotees - Kekasih

LirikNasyid.com : Devotees - Kekasih



Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua

Kekasih akan ku pahatkan doa ku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersama mu

Satukan Kami Ya Rabb...

aku inginkan dia..hanya dia pilihan hati..tapi kenapa susah sangat untuk kami bersatu..semakin kami merancang semakin jauh impian terlaksana..aku tak mampu untuk menulis apalagi tuk bercerita dengan orang ramai...hanya ini tempat meluah agar semua yang terpendam dapat dilepaskan...
betul!! sejak 2, 3 menjak ni sesak dada...sakit kepala bila pikirkan si dia yang semakin jauh..jauh dari aku..gara-gara keluarga aku yang meminta belanja lebih daripada pihak lelaki...aku betul-betul tak bersetuju dengan ni..akad dan mahar...bukan ke 2 da mencukupi...kenapa mesti beradat-adat dalam menyediakan duit hantaran yang beribu-ribu???? aku betul x bersetuju dengan jumlah hantaran yang telah disyaratkan oleh my mom....tolonglah permudahkan....tolong jangan menyesakkan lagi...cukup hanya kami berdua disatukan sebagai suami isteri yang sah dan doakan kebahagiaan kami hingga akhir hayat..


"ya Allah satukan kami...permudahkan urusan dia dalam membina cinta kami...aku mengharapkan terjalinnya ikatan yang halal buat kami berdua ya Rabb...murahkan rezeki kami supaya mudah kami membina mahligai bersama. "

Sunday 8 January 2012

ahad yang menborinkn or mendebarkan??aku pun xtaw....betul2 ase nerves tuk mulakan kelas esok...al maklumlah sesi persekolahan baru mula..2 yang ase nrves smacam je. Persediaan mengajar da ade cume nk bdepan ngan studentz sdikit cuak tuk diri aku..
untuk tahun ni , aku nak try wat yang lebih baik dari tahun lepas..

Sunday 1 January 2012

Ape????????bertunang??????

Haaaaa???angah nak bertunang....semua orang terkejut...pening jugak kepala kitorang dibuatnye.
2minggu lepas
angah: long!!!!! dia nak datang umah 2 minggu ag..dia kata nak btunang terus...
aku: mak aiii...awat yang mendadak sangat...camne nak gtaw mak ni

pas berjaya aku sampaikan pada mak n adik2 yang lain...
ermmm...mulalah kami sefamily kalut dalam wat persiapan sebelum pihak lelaki datang kat umah 2 minggu ag.. kitorang sebenarnye memang kurang pengalaman dalam bab2 macam ni...al maklumla..semua belum kawin...jadi angah adalah orang yang pertama akan membawa menantu untuk mak..hehehe
raye cina dorang nikah n angah akan sambung study dia yang tertangguh ari2 di Libya
ini makne nye..dia da lurus bendul la yer??opssss..sowi bukan lurus bendul tapiiii langkah bendul....huhuhu
cume bagi aku, aku sedikit malas tuk ikut adat2 ni...ksian kat bakal adik ipaq la cz kene blanja banyak wit pulak...hukhuk sian kat dorg cz kehidupan pas brumahtangga lagi banyak nak pakai wit kan??jadi klu nak bagi jugak...orang tua2 kate " kecik tapak tangan nyiru aku tadahkan" ermmmmmm betul ke ni? kira cincai la ek...k la...nak share ape yang jadi sepanjang majlis ptunangan my sis

 hantaran daripada pihak lelaki...macam ari nikoh pulak =)

hasil kreativiti ibu...(mak angkat angah)

wakaka.....ni pulak daripada pihak pempuan..

 pihak lelaki....


angah ngan lovely mom

























signatures

: : Pooh : :

: : Pooh : :