salam

bckground

Menghitung Hari

Thursday 26 July 2012

Ramadhan Karim 1433 H

Salam semua....


Sedar tak sedar dah 6 ari kita semua orang Islam menunaikan ibadah puasa. Ramadhan kali ini berbeza daripada tahun-tahun lepas sebab tahun ni Pinky berpuasa dengan suami tercinta. Tahun pertama berpuasa sebagai seorang isteri. 

Antara pengalaman yang Pinky dapat adalah: 

  • tepat pukul 3.30 pagi Mr. K da kejutkan Pinky tuk siapkan sahur. ^_*
  • siapkan juadah berbuka bersama...kitorang tak menjenguk bazar  Ramadhan lagi setakat ni...(jimat n elak pembaziran).
  • solat terawih bersama (tak selalu sebab Mr. K lebih suka solat di masjid).

Pinky akan cuba tunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan sebaik mungkin. Usaha untuk menjadi isteri yang taat kepada perintah Allah SWT dan suami tercinta. 

-SELAMAT MENUNAIKAN PUASA-

jom Pinky kongsikan antara keistimewaan Ramadhan sampaikan setiap orang mukmin sentiasa menantikan kehadiran Ramadhan. Disebabkan keistimewaan ini juga orang mukmin akan menjadi sedih ketika Ramadhan berakhir.
 
1. Diturunkan Al-Quran.  
 
Al-Quran diwahyukan kepada baginda Rasulullah SAW  pada 17 Ramadhan. Al- Quran merupakan kitab yang hebat kerana meliputi segala jenis ilmu dan semua aspek kehidupan.

2. Sunat Solat Terawih

Dilakukan pada malam Ramadhan selepas isya' dan hanya ada pada bulan Ramadhan, tidak pada bulan-bulan yang lain.
 
3. Lailatul Qadr

Malam yang dikatakan lebih baik daripada 1000 bulan. Kehebatan ini telah tercatat di dalam al-Quran dalam surah al-Qadr dan dinantikan pada 10 malam terakhir di bulan ini.

4. Pintu Syurga dibuka dan ditutup Pintu Neraka
 
Bertujuan supaya kita orang yang beriman merebut peluang untuk melakukan ibadah dengan khusyuk. 
5. Syaitan dibelenggu

Pada bulan ini kita tidak akan diganggu oleh para syaitan. Ini kerana semua laknatullah itu telah dirantai oleh Allah selama sebulan. Peluang yang ada ini gunakan dengan sebaik-baiknya. 



:: Awal Ramadhan itu RAHMAT, pertengahannya MAGHFIRAH (KEAMPUNAN),akhirnya PEMBEBASAN DARI API NERAKA.

P/S :  Jangan sampai kita tertunduk oleh nafsu pulak ye...=)
 
 



signatures

: : Pooh : :

: : Pooh : :