salam

bckground

Menghitung Hari

Thursday 24 November 2011

TAHUKAH KITA TENTANG HURAISY….PERNAHKAH ANDA MENDENGAR TENTANG DIA??????


Kitab Durratun Nasihin ada menceritakan kisah Huraisy. Huraisy adalah seekor binatang dari neraka Jahanam dan akan muncul pada hari Kiamat nanti. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“ Apabila datang hari Kiamat, maka keluarlah seekor binatang dari neraka Jahanam yang bernama Huraisy. Ia dari anak kalajengking, panjangnya antara langit dan bumi serta lebarnya dari Timur sampai ke Barat.
Malaikat Jibrail bertanya: ‘ Kemana engkau pergi wahai Huraisy ?'
Huraisy menjawab: ‘ Aku mencari 5 jenis orang.’
= Orang yang meninggalkan solat
= Orang yang enggan membayar zakat
= Orang yang derhaka kepada kedua ibubapa
= Peminum arak
= Orang yang bercakap hal-hal dunia di dalam masjid

Sunday 13 November 2011

GOLONGAN YANG CELAKA

Ingatlah, sesungguhnya 3 golongan yang Nabi SAW doakan supaya celaka kehidupannya adalah:
  1. Orang yang tidak berbakti kepada ibubapanya
  2. Orang yang tidak diampunkan dosanya setelah berlalu Ramadhan
  3. Orang yang kehidupan hari ini lebih teruk dari semalam
p/s- nauzubillah..jangan la kita tergolong dalam golongan-golongan ini..

SPM KEMBALI LAGI

Filem : SPM 2011 
Genre : SERAM 
Tarikh tayangan : 14 N0VEMBER 2011 ( ISNIN) ... 
Penerbit filem : KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 
Tiket : FREE ( TINGKATAN 5 sahaja ) 
Arahan : PENGAWAS PEPERIKSAAN 
Tempat tayangan : SELURUH SEKOLAH MENENGAH SELURUH MALAYSIA 

GOOD LUCK TO ALL SPM CANDIDATES


'Selamat Menduduki Peperiksaan SPM' kepada semua calon-calon di seluruh Malaysia khususnya anak-anak pelajarku . Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian semua...seterusnya memberi kejayaan dengan cemerlang.....
Selamat menjawab...
Berusaha, berdoa dan seterusnya bertawakal kepada Allah....



JIKA ALLAH MENCINTAI HAMBANYA

     Tahukah anda jika Allah mencintai hambaNya, segala yang berat akan menjadi ringan. Yang pahit akan menjadi manis. Yang sulit menjadi mudah. Ketika cinta sudah membara di hati dan cinta telah membuahkan rindu. Maka yang paling layak untuk mendapatkan segala pengorbanan cinta kita itu hanyalah Allah kerana hanya Dia yang tidak pernah terputus memberikan segala nikmat serta sentiasa menemani di saat kita kesunyian walaupun kita mengkhianatiNya. Sentiasalah kita mendampinginya serta bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan oleh Rabbul 'Alamin

Tuesday 8 November 2011

HADIAH DARIPADA MAK


Baru balik asrama. Macam biasa, sibuk mengemas baju-baju dan loker. Tiba-tiba ternampak hadiah yang mak bagi masa besdayku yang ke-23.  Setiap kali besday, mak sentiasa bagi  hadiah. Dalam banyak-banyak hadiah, hadiah ni yang membuatkan hatiku tersentuh. Mungkin disebabkan  hadiah kali ini disertakan dengan sajak yang buat aku betul-betul sebak ketika membacanya.

SAJAK:  KETIKA AKU SUDAH TUA

Ketika aku sudah tua, bukan lagi aku yang semula.
Mengertilah, bersabarlah sedikit terhadapku. Ketika pakaianku tertumpah sup,
ketika aku lupa bagaimana mengikat sepatu, ingatlah bagaimana dahulu aku mengajarmu.

Ketika aku berulang-ulang berkata-kata tentang sesuatu yang telah bosan kau dengar, bersabarlah mendengarkan, jangan memutus pembicaraanku.
Ketika kau kecil, aku selalu mengulang-ulang cerita yang telah beribu-ribu kali kuceritakan agar kau tidur.
Ketika aku memerlukanmu untuk memandikanku, janganlah kau marah padaku.
 Ingatkah sewaktu kecil aku harus memakai segala cara untuk memujukmu mandi?

Ketika aku tidak faham sedikit pun tentang teknologi dan hal-hal baru, jangan mengejekku. Fikirkan bagaimana dahulu aku begitu sabar menjawab setiap “mengapa” darimu.

Ketika aku tidak dapat berjalan,hulurkan tanganmu yang masih kuat untuk memapahku. Seperti aku memapahmu saat kau belajar berjalan waktu masih kecil.
Ketika aku seketika melupakan pembicaraan kita, berilah aku waktu untuk mengingat. Sebenarnya bagiku, apa yang bicarakan tidaklah penting, asalkan
 kau disamping mendengarkan, aku sudah puas.

Inilah kata-kata yang telah diselitkan oleh my lovely mom. Hanya untuk memberi  peringatan kepada anaknya yang semakin menginjak dewasa. Tambahan dengan kehidupan yang semakin moden dan semakin hilang akhlak mahmudah dalam hidup masyarakatnya. Moga aku mampu mejaga mak seperti mana mak menjaga aku dulu.

Monday 7 November 2011

Malaysia vs Singapura (SEA GAMES 2011)


Jam menunjukkan pukul  5.30 petang. Aku dan adik-adik semangat kat depan tv. Semangat  untuk menyaksikan perlawanan pembukaan acara bola sepak sukan SEA 2011. Skuad  Harimau Muda beraksi dengan Singapura di Stadium Istora Gelora Bung  Karno, Senayan, Jakarta. Masa hanya tinggal 20 minit tapi keputusan masih 0-0. Ini merupakan misi getir buat skuad Kebangsaan bagi mempertahankan pingat emas kerana selain dengan Singapura, Malaysia akan beraksi bersama Indonesia,  Thailand dan Kemboja. Semoga Malaysia dapat beraksi di pusingan seterusnya. Chayok2 buat skuad Harimau Muda.

Jadual Perlawanan Bola Sepak Sukan SEA 2011

7 November 2011 -   Malaysia vs Singapura  (5.00 petang)
9 November 2011 -   Malaysia vs Thailand    (5.00 petang)
13 November 2011 - Malaysia vs Kemboja   (5.00 petang)
17 November 2011 - Malaysia vs Indonesia   (8.00 malam)


p/s- Jom support Harimau Muda. Semoga Malaysia dapat menunjukkan aksi yang terbaik.

Sunday 6 November 2011

Salam Aidiladha

   
Sempena Aidiladha ini kita melakukan ibadah korban. Ibadah korban ini dilakukan bagi memperingati peristiwa besar yang berlaku pada Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. Semua  mengetahui tentang peristiwa Nabi Allah Ibrahim menerima perintah daripada Allah SWT supaya menyembelih anak kesayangannya Ismail a.s. Sifat taat yang hadir dalam diri kedua-dua Nabi Allah ini membuatkan Allah telah menggantikan tempat Ismail a.s dengan seekor kibas.Kita dapat melihat betapa besarnya pengorbanan yang telah dilakukan oleh seorang ayah yang taat akan perintah Khaliq. 
      Jika dilihat, Islam tidak dapat dijulang tanpa pengorbanan. Pengorbanan yang telah dilakukan oleh para anbiya', pejuang-pejuang dan para ulama' terdahulu telah berjaya menyebarkan syiar Islam di seluruh dunia. Islam tidak dapat melebarkan sayapnya di seluruh dunia andai para anbiya', pejuang-pejuang serta para ulama hanya duduk dan berpeluk tubuh sahaja. 
       Sebenarnya Islam sangat menuntut umatnya untuk melakukan pengorbanan terutamanya bagi umat Islam yang hidup di dunia yang semakin serba canggih. Dunia yang semakin moden dan pesat ini mampu menyemaikan perasaan ‘     حب الدنيا’dalam diri setiap manusia. Ini disebabkan ramai di kalangan manusia sekarang, mampu dalam mengkhianati, memfitnah sahabat baik atau ahli keluarga  hanya kerana merebutkan dunia. Hanya kerana ingin membolot kebendaan dengan jalan pintas, seseorang itu sanggup menjadi ‘duri dalam daging’, ‘api dalam sekam’, serta ‘gunting dalam lipatan’.
       Oleh itu, untuk kembali memartabatkan daulah Islam, kita sebagai umatnya wajib merujuk kembali kepada harta yang telah ditinggalkan oleh baginda Muhammad SAW yaitu al-Quran dan as-Sunnah. Hanya dengan harta inilah umat Islam yang telah ditinggalkan oleh Nabi SAW tidak akan sesat untuk selamanya. Selain itu, fahami keperluan jihad dengan erti kata yang sebenarnya LILLAHI TAALA serta amal makruf nahi mungkar. Sentiasa membawa kata ‘kullil haq walau kana murran’, serta sentiasa berkorban dalam semua bidang tidak kira ilmu dunia ataupun ilmu akhirat. Insyaallah, bi iznillah jika ada yang sanggup berkorban serta berjuang maka dunia menjadi aman serta hidup dalam Mardhatillah.
      Sempena dengan Iduladha kali ini, tidak salah jika kita sebagai umat Islam saling memperingati diri kita dan memahami konsep korban dengan sebenar-benarnya supaya syiar Islam dapat ditegakkan, daulah Islam dapat dilaksanakan serta menjadi umat Nabi Muhammad yang sangat membanggakan kerana berjaya menegakkan hak dan membanteras kebatilan dalam dunia akhir zaman ini. –Wallahu a’lam

>SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA<

Doa Rabitah..


 

untuk kita semua yang punya hati. bacakan doa ini moga dipelihara daripada penyakit hati.


YA ALLAH,

Engkau mengetahui hati-hati ini

telah berkumpul kerana mengasihiMU,

bertemu untuk mematuhi perintahMU,

bersatu memikul beban dakwahMU,

hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk

mendaulat & menyokong syariatMU,

maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatannya...

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini

akan jalanNYA yang sebenar,

Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu

yang tidak kunjung malap,

Lapangkanlah hati-hati ini dengan

limpahan iman dan keyakinan

dan keindahan tawakkal kepadaMU,

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan

ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,

Jika Engkau mentakdirkan mati,

maka matikanlah pemilik hati-hati ini

sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,

Engkaulah sebaik-baik sandaran

dan sebaik-baik penolong,

YA ALLAH,

Perkenankanlah permintaan ini..amin

Saturday 5 November 2011

15 MUSUH IBLIS

Pernah terjadi peristiwa dimana Allah SWT memerintahkan Iblis menemui Rasulullah SAW dan menjawab segala pertanyaannya. Lalu Iblis pun mengunjungi Baginda dengan menyamar sebagai seorang tua bangka yang memegang sebatang tongkat.

Nabi SAW bertanya: "Man anta?"(Siapa awak?)
Iblis menjawab: " Saya Iblis"
Nabi SAW bertanya lagi:"Apakah tujuan kamu datang?"
"Allah memerintahkan aku datang menemuimu dan menjawab segala pertanyaan anda" jawab Iblis.
"Wahai Iblis,berapa banyakkah musuh-musuh kamu dari kalangan umatku?" tanya baginda SAW
Lalu Iblis pun menjawab:"15 orang"

15 orang yang dimaksudkan oleh iblis itu ialah:
  • Nabi Muhammad SAW
  • Imam yang adil
  • Orang Kaya yang rendah diri
  • Peniaga yang jujur
  • Orang alim yang sembahyangnya khusyuk
  • Orang beriman yang suka memberi nasihat
  • Orang beriman yang pengasih
  • Orang yang taubat dan benar-benar insaf
  • Orang yang tidak mahu membuat kemungkaran
  • Orang beriman yang sentiasa berwudhuk
  • Orang beriman yang banyak bersedekah
  • Orang beriman yang berkelakuan baik
  • Orang beriman yang memberi manfaat kepada orang lain
  • Orang yang mengamalkan dan terus menerus membaca al-Quran
  • Orang yang menegakkan ibadah pada waktu malam,sedangkan orang lain sedang nyenyak tidur
-adakah kita tergolong dalam golongan yang di atas?sentiasa lah kita menjadi orang yang dibenci oleh Iblis laknatullah.

p/s:Ingat-ingat=)





signatures

: : Pooh : :

: : Pooh : :