salam

bckground

Menghitung Hari

Sunday 6 November 2011

Salam Aidiladha

   
Sempena Aidiladha ini kita melakukan ibadah korban. Ibadah korban ini dilakukan bagi memperingati peristiwa besar yang berlaku pada Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. Semua  mengetahui tentang peristiwa Nabi Allah Ibrahim menerima perintah daripada Allah SWT supaya menyembelih anak kesayangannya Ismail a.s. Sifat taat yang hadir dalam diri kedua-dua Nabi Allah ini membuatkan Allah telah menggantikan tempat Ismail a.s dengan seekor kibas.Kita dapat melihat betapa besarnya pengorbanan yang telah dilakukan oleh seorang ayah yang taat akan perintah Khaliq. 
      Jika dilihat, Islam tidak dapat dijulang tanpa pengorbanan. Pengorbanan yang telah dilakukan oleh para anbiya', pejuang-pejuang dan para ulama' terdahulu telah berjaya menyebarkan syiar Islam di seluruh dunia. Islam tidak dapat melebarkan sayapnya di seluruh dunia andai para anbiya', pejuang-pejuang serta para ulama hanya duduk dan berpeluk tubuh sahaja. 
       Sebenarnya Islam sangat menuntut umatnya untuk melakukan pengorbanan terutamanya bagi umat Islam yang hidup di dunia yang semakin serba canggih. Dunia yang semakin moden dan pesat ini mampu menyemaikan perasaan ‘     حب الدنيا’dalam diri setiap manusia. Ini disebabkan ramai di kalangan manusia sekarang, mampu dalam mengkhianati, memfitnah sahabat baik atau ahli keluarga  hanya kerana merebutkan dunia. Hanya kerana ingin membolot kebendaan dengan jalan pintas, seseorang itu sanggup menjadi ‘duri dalam daging’, ‘api dalam sekam’, serta ‘gunting dalam lipatan’.
       Oleh itu, untuk kembali memartabatkan daulah Islam, kita sebagai umatnya wajib merujuk kembali kepada harta yang telah ditinggalkan oleh baginda Muhammad SAW yaitu al-Quran dan as-Sunnah. Hanya dengan harta inilah umat Islam yang telah ditinggalkan oleh Nabi SAW tidak akan sesat untuk selamanya. Selain itu, fahami keperluan jihad dengan erti kata yang sebenarnya LILLAHI TAALA serta amal makruf nahi mungkar. Sentiasa membawa kata ‘kullil haq walau kana murran’, serta sentiasa berkorban dalam semua bidang tidak kira ilmu dunia ataupun ilmu akhirat. Insyaallah, bi iznillah jika ada yang sanggup berkorban serta berjuang maka dunia menjadi aman serta hidup dalam Mardhatillah.
      Sempena dengan Iduladha kali ini, tidak salah jika kita sebagai umat Islam saling memperingati diri kita dan memahami konsep korban dengan sebenar-benarnya supaya syiar Islam dapat ditegakkan, daulah Islam dapat dilaksanakan serta menjadi umat Nabi Muhammad yang sangat membanggakan kerana berjaya menegakkan hak dan membanteras kebatilan dalam dunia akhir zaman ini. –Wallahu a’lam

>SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA<

No comments:

Post a Comment

signatures

: : Pooh : :

: : Pooh : :