salam

bckground

Menghitung Hari

Monday 25 November 2013

MUHAMMAD AKIF KHAIRUL ANAM 10 BULAN

Hari ni genap Akiff 10 bulan... aku dah mula risau Akiff blum boleh jalan sendiri lagi... tapi kalau pegang dua-dua belah tangan dia, bukan lagi berjalan... berlari pun boleh...

So, tadi aku try tanya pakcik google kot kot ade info yang boleh menyedapkan hati aku ni... then terjumpa lah info macam kat bawah ni...

"Kalau anak anda lambat berjalan jangan risau coz sebenarnya kalau stage merangkak lebih lama maknanya perkembangan kemahiran motor dan pemikiran  anak anda semakin bagus. Sebenarnya banyak kelebihan merangkak berbanding dengan cepat berjalan. Antara kelebihannya ialah merangkak dan meniarap boleh memperkukuhkan lagi tulang belakang anak anda di mana tulang belakang terletak spinal card or saraf tunjang. Saraf ini menghubungkan saraf-saraf lain ke behagian otak. Apabila anak kita merangkak lebih lama, bermakna sistem saraf tunjangnya pun akan bertambah baik, ini akan mempercepatkan lagi proses penghantaran impuls dari bahagian tubuh ke otak dan seterusnya kebahagian tubuh semula. Kesimpulannya, kalau nak anak kita pandai, biarlah dia merangkak selama yang boleh. Kalau nak tahu, sekiranya anak kita ada masalah pembelajaran, salah satu cara untuk mengatasinya ialah dengan merangkak"

Haaa.. ini info yang aku dapat tapi sejauh mana kebenaran maklumat ni aku tak pasti sebab tak dinyatakan pulak dari mana sumber ini diperolehi... aku dapat ni pun melalui penulisan blogger lain.


Tapi melalui sumber yang boleh dipercayai... tak perlu nak risau kalau dalam usia seperti Akiff ni masih belum mampu untuk berjalan sendiri asalkan setiap perkembangan dia berjalan dengan lancar... biarkan dia melalui setiap stage perkembangan dirinya... sumber dari BabyCenter...



signatures

: : Pooh : :

: : Pooh : :