Hari ni genap Akiff 10 bulan... aku dah
mula risau Akiff blum boleh jalan sendiri lagi... tapi kalau pegang dua-dua
belah tangan dia, bukan lagi berjalan... berlari pun boleh...
So, tadi aku try tanya pakcik google kot
kot ade info yang boleh menyedapkan hati aku ni... then terjumpa lah info macam
kat bawah ni...
"Kalau anak anda lambat berjalan
jangan risau coz sebenarnya kalau stage merangkak lebih lama maknanya
perkembangan kemahiran motor dan pemikiran anak anda semakin bagus.
Sebenarnya banyak kelebihan merangkak berbanding dengan cepat berjalan. Antara
kelebihannya ialah merangkak dan meniarap boleh memperkukuhkan lagi tulang
belakang anak anda di mana tulang belakang terletak spinal card or saraf
tunjang. Saraf ini menghubungkan saraf-saraf lain ke behagian otak. Apabila
anak kita merangkak lebih lama, bermakna sistem saraf tunjangnya pun akan
bertambah baik, ini akan mempercepatkan lagi proses penghantaran impuls dari
bahagian tubuh ke otak dan seterusnya kebahagian tubuh semula. Kesimpulannya, kalau
nak anak kita pandai, biarlah dia merangkak selama yang boleh. Kalau nak tahu,
sekiranya anak kita ada masalah pembelajaran, salah satu cara untuk
mengatasinya ialah dengan merangkak"
Haaa.. ini info yang aku dapat tapi
sejauh mana kebenaran maklumat ni aku tak pasti sebab tak dinyatakan pulak dari
mana sumber ini diperolehi... aku dapat ni pun melalui penulisan blogger lain.
Tapi melalui sumber yang boleh
dipercayai... tak perlu nak risau kalau dalam usia seperti Akiff ni masih belum
mampu untuk berjalan sendiri asalkan setiap perkembangan dia berjalan dengan
lancar... biarkan dia melalui setiap stage perkembangan dirinya... sumber dari BabyCenter...