salam

bckground

Menghitung Hari

Saturday 31 December 2011

Friday 23 December 2011

12 KUNCI-KUNCI MENCAPAI KEJAYAAN

KATA SAIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH: "Bagi setiap nikmat terdapat kunci untuk membukanya dan akan ada kunci untuk menyelaknya. Kunci untuk membukanya adalah SABAR manakala kunci penyelaknya adalah MALAS.

 
                                                  kunci kejayaan

                                                  kunci  penghalang

 1. Kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah dan RasulNya
 2. Kunci rezeki adalah berusaha disertai dengan istighfar dan ketaqwaan
 3. Kunci syurga adalah Mengesakan Allah 
 4. Kunci iman adalah merenungkan ayat-ayat Allah dan tanda-tanda kebesaran yang ada  pada makhluk-makhlukNya
 5. Kunci kebaikan adalah kejujuran
 6. Kunci kehidupan hati adalahmerenung al-Quran,berdoa di malam hari dan meninggalkan dosa
 7. Kunci ilmu pengetahuan adalah tidak malu untuk bertanya dan mendengar dengan baik
 8. Kunci kemenangan dan kejayaan adalah sabar
 9. Kunci kebahagiaan adalah taqwa
10. Kunci bertambahnya nikmat adalah bersyukur
11. Kunci mencintai akhirat adalah zuhud terhadap dunia
12. Kunci agar permintaan dimakbulkan oleh Allah adalah berdoa


jadi,=)



Monday 12 December 2011

TIPS UNTUK PARA HAFIZ...

 
19 hari lagi da msuk tahun baru..Sedar x sedar, da 4 minggu sekola cuti..x lama lagi, sekola akan mula bukak macam biasa...ini bermakna da nak mula sesi 2012...secara tak langsung...aku akan mula bertugas setelah lama bercuti..
    Pas ni...mengajar + tugasan lain akan menanti semua guru-guru...ermm untuk mulakan sesi pelajaran tahun depan..ape kata aku sharing sikit tips untuk menghafal..memandangkan aku mengajar subjek yang berkaitan dengan hafalan.......
    Menghafal...macam senang...bunyi macam senang...dengar macam senang...nampak pun macam senang... tapi, hakikatnya hafazan ni...memang sukar untuk dilakukan. Lebih sukar apabila menjaga apa juga yang telah kita hafal dari mula supaya tidak mudah lupa...
     Dibawah terdapat tips menghafal supaya dapat dikongsi dan diamalkan oleh kita semua...Nabi SAW berpesan..." Sampaikanlah sesuatu walaupun sepotong ayat "...
  


JOM TENGOK!!!
  1.  Sebaiknya menghafal pada awal pagi selepas selesai solat Subuh. Pada waktu hening dan sunyi, memudahkan kita untuk menumpukan pada apa yang kita ingin hafal.
  2.  Memulakan dengan doa penerang hati, selawat ke atas Nabi  dan membaca Al-Fatihah sebanyak 3 kali. Kemudian baca apa yang kita ingin hafal.
  3. Baca berulang kali sehingga kita faham.
  4. Ulang membaca tanpa melihat buku sehingga kita benar-benar ingat dan faham.
  5. Setelah berjaya mengingati perkara yang kedua..ulang semula perkara pertama yang kita hafal tadi...    Begitu lah seterusnya sehingga selesai..


 DOA PENERANG HATI

SELAWAT  KE ATAS NABI SAW
WALLAHU'ALAM....

    Friday 9 December 2011

    WASIAT LUQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAKNYA...

    1) Wahai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam. Ramai manusia telah karam di dalamnya. Jika engkau ingin selamat agar tidak karam, larilah dari lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan lariannya ialah tawakkal kepada Allah swt.

    2) Orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan Allah swt. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat daripada orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan daripada Allah swt.

    3) Wahai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka orang itu akan sentiasa tawaduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan sentiasa menghindarkan dirinya daripada  melakukan maksiat.

    4) Wahai anakku, seandainya orang tua memarahimu, maka marah itu sebenarnya sebagai siraman air bagi taman-taman yang kering kontang.

    5) Jauhi dirimu  daripada berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu akan menjadikan dirimu hina pada waktu siang dan malam.

    6) Dan selalulah berlindung kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan kamu menderhaka, takutlah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takut. Tentunya engkau akan terlepas dari sifat putus asa dari rahmat Allah swt.





    Tuesday 6 December 2011

    SOUTUS SOFWA - Maal Hijrah



    P/S > Hayati bersama perjalanan hijrah Rasulullah dan para sahabat...serta terapkan dalam kehidupan kita...umat masa kini...agar kita sentiasa mengikuti qudwah hasanah daripada Rasulullah SAW

    Thursday 1 December 2011

    SALAM MAAL HIJRAH............










    Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Puasa yang lebih utama selepas Ramadhan ialah puasa di dalam bulan Allah yang dimuliakan iaitu bulan Muharram. Manakala sembahyang sunat yang afdhal selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang sunat di waktu malam (terutama di malam bulan Ramadhan).

    Ramai dikalangan umat Islam lebih meraikan TAHUN BARU mengikut kalendar Masihiah berbanding TAHUN BARU HIJRIAH. MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sampai ke hari ini. Selain daripada membaca doa akhir tahun selepas waktu  Asar  hari terakhir bulan Zulhijjah (Allah akan ampunkan segala dosa-dosa yang lalu).dan doa awal tahun apabila masuk waktu Maghrib hari terakhir bulan Zulhijjah (Allah akan mengutuskan dua malaikat agar kita terpelihara dari melakukan maksiat), banyak amalan sunat lain yang boleh kita lakukan di sepanjang bulan Muharram ini.
     
    ANTARA AMALAN-AMALAN  YANG DISUNATKAN PADA BULAN MUHARRAM INI IALAH:
    > Berpuasa : Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

     Dari Abi  Said, aku dengar Rasulullah SAW bersabda: “ Bahawa hari ini Hari Asyura dan tidaklah diwajibkan keatas kamu berpuasa tetapi aku berpuasa. Maka sesiapa yang hendak berpuasa, berpuasalah dan sesiapa yang tidak mahu, tinggalkanlah.” (Riwayat Bukhari & Muslim). 
    Fadhilatnya - Diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi). Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. 
    >Melapangkan masa/belanja anak isteri.
    Fadhilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
    >Memuliakan fakir miskin. 
    Fadhilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 
    >       >Menahan marah.
          Fadhilatnya- Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha. 
          >Menunjukkan jalan bagi orang yang sesat.
         Fadhilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
         >Menyapu/mengusap kepala anak yatim. 
         Fadhilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
      >Bersedekah. 
        Fadhilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.   
        >Memelihara kehormatan diri. 
        Fadhilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
        > Mandi Sunat. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
        Fadhilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
        >Bercelak. 
        Fadhilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
       > Membaca Qulhuwallah hingga akhir (1,000 kali). 
       Fadhilatnya - Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.   
       >Sembahyang sunat empat rakaat. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X."
       Fadhilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walaupun telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. 
       >Membaca "Has Biyallahu Wa Nikmal Wakiil, Nikmal Maula Wa Nikman Naseer".    
       >Menjamu orang berbuka puasa. 
       Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

     Marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram". (Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).


    Thursday 24 November 2011

    TAHUKAH KITA TENTANG HURAISY….PERNAHKAH ANDA MENDENGAR TENTANG DIA??????


    Kitab Durratun Nasihin ada menceritakan kisah Huraisy. Huraisy adalah seekor binatang dari neraka Jahanam dan akan muncul pada hari Kiamat nanti. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud:
    “ Apabila datang hari Kiamat, maka keluarlah seekor binatang dari neraka Jahanam yang bernama Huraisy. Ia dari anak kalajengking, panjangnya antara langit dan bumi serta lebarnya dari Timur sampai ke Barat.
    Malaikat Jibrail bertanya: ‘ Kemana engkau pergi wahai Huraisy ?'
    Huraisy menjawab: ‘ Aku mencari 5 jenis orang.’
    = Orang yang meninggalkan solat
    = Orang yang enggan membayar zakat
    = Orang yang derhaka kepada kedua ibubapa
    = Peminum arak
    = Orang yang bercakap hal-hal dunia di dalam masjid

    Sunday 13 November 2011

    GOLONGAN YANG CELAKA

    Ingatlah, sesungguhnya 3 golongan yang Nabi SAW doakan supaya celaka kehidupannya adalah:
    1. Orang yang tidak berbakti kepada ibubapanya
    2. Orang yang tidak diampunkan dosanya setelah berlalu Ramadhan
    3. Orang yang kehidupan hari ini lebih teruk dari semalam
    p/s- nauzubillah..jangan la kita tergolong dalam golongan-golongan ini..

    SPM KEMBALI LAGI

    Filem : SPM 2011 
    Genre : SERAM 
    Tarikh tayangan : 14 N0VEMBER 2011 ( ISNIN) ... 
    Penerbit filem : KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 
    Tiket : FREE ( TINGKATAN 5 sahaja ) 
    Arahan : PENGAWAS PEPERIKSAAN 
    Tempat tayangan : SELURUH SEKOLAH MENENGAH SELURUH MALAYSIA 

    GOOD LUCK TO ALL SPM CANDIDATES


    'Selamat Menduduki Peperiksaan SPM' kepada semua calon-calon di seluruh Malaysia khususnya anak-anak pelajarku . Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian semua...seterusnya memberi kejayaan dengan cemerlang.....
    Selamat menjawab...
    Berusaha, berdoa dan seterusnya bertawakal kepada Allah....



    JIKA ALLAH MENCINTAI HAMBANYA

         Tahukah anda jika Allah mencintai hambaNya, segala yang berat akan menjadi ringan. Yang pahit akan menjadi manis. Yang sulit menjadi mudah. Ketika cinta sudah membara di hati dan cinta telah membuahkan rindu. Maka yang paling layak untuk mendapatkan segala pengorbanan cinta kita itu hanyalah Allah kerana hanya Dia yang tidak pernah terputus memberikan segala nikmat serta sentiasa menemani di saat kita kesunyian walaupun kita mengkhianatiNya. Sentiasalah kita mendampinginya serta bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan oleh Rabbul 'Alamin

    Tuesday 8 November 2011

    HADIAH DARIPADA MAK


    Baru balik asrama. Macam biasa, sibuk mengemas baju-baju dan loker. Tiba-tiba ternampak hadiah yang mak bagi masa besdayku yang ke-23.  Setiap kali besday, mak sentiasa bagi  hadiah. Dalam banyak-banyak hadiah, hadiah ni yang membuatkan hatiku tersentuh. Mungkin disebabkan  hadiah kali ini disertakan dengan sajak yang buat aku betul-betul sebak ketika membacanya.

    SAJAK:  KETIKA AKU SUDAH TUA

    Ketika aku sudah tua, bukan lagi aku yang semula.
    Mengertilah, bersabarlah sedikit terhadapku. Ketika pakaianku tertumpah sup,
    ketika aku lupa bagaimana mengikat sepatu, ingatlah bagaimana dahulu aku mengajarmu.

    Ketika aku berulang-ulang berkata-kata tentang sesuatu yang telah bosan kau dengar, bersabarlah mendengarkan, jangan memutus pembicaraanku.
    Ketika kau kecil, aku selalu mengulang-ulang cerita yang telah beribu-ribu kali kuceritakan agar kau tidur.
    Ketika aku memerlukanmu untuk memandikanku, janganlah kau marah padaku.
     Ingatkah sewaktu kecil aku harus memakai segala cara untuk memujukmu mandi?

    Ketika aku tidak faham sedikit pun tentang teknologi dan hal-hal baru, jangan mengejekku. Fikirkan bagaimana dahulu aku begitu sabar menjawab setiap “mengapa” darimu.

    Ketika aku tidak dapat berjalan,hulurkan tanganmu yang masih kuat untuk memapahku. Seperti aku memapahmu saat kau belajar berjalan waktu masih kecil.
    Ketika aku seketika melupakan pembicaraan kita, berilah aku waktu untuk mengingat. Sebenarnya bagiku, apa yang bicarakan tidaklah penting, asalkan
     kau disamping mendengarkan, aku sudah puas.

    Inilah kata-kata yang telah diselitkan oleh my lovely mom. Hanya untuk memberi  peringatan kepada anaknya yang semakin menginjak dewasa. Tambahan dengan kehidupan yang semakin moden dan semakin hilang akhlak mahmudah dalam hidup masyarakatnya. Moga aku mampu mejaga mak seperti mana mak menjaga aku dulu.

    Monday 7 November 2011

    Malaysia vs Singapura (SEA GAMES 2011)


    Jam menunjukkan pukul  5.30 petang. Aku dan adik-adik semangat kat depan tv. Semangat  untuk menyaksikan perlawanan pembukaan acara bola sepak sukan SEA 2011. Skuad  Harimau Muda beraksi dengan Singapura di Stadium Istora Gelora Bung  Karno, Senayan, Jakarta. Masa hanya tinggal 20 minit tapi keputusan masih 0-0. Ini merupakan misi getir buat skuad Kebangsaan bagi mempertahankan pingat emas kerana selain dengan Singapura, Malaysia akan beraksi bersama Indonesia,  Thailand dan Kemboja. Semoga Malaysia dapat beraksi di pusingan seterusnya. Chayok2 buat skuad Harimau Muda.

    Jadual Perlawanan Bola Sepak Sukan SEA 2011

    7 November 2011 -   Malaysia vs Singapura  (5.00 petang)
    9 November 2011 -   Malaysia vs Thailand    (5.00 petang)
    13 November 2011 - Malaysia vs Kemboja   (5.00 petang)
    17 November 2011 - Malaysia vs Indonesia   (8.00 malam)


    p/s- Jom support Harimau Muda. Semoga Malaysia dapat menunjukkan aksi yang terbaik.

    Sunday 6 November 2011

    Salam Aidiladha

       
    Sempena Aidiladha ini kita melakukan ibadah korban. Ibadah korban ini dilakukan bagi memperingati peristiwa besar yang berlaku pada Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. Semua  mengetahui tentang peristiwa Nabi Allah Ibrahim menerima perintah daripada Allah SWT supaya menyembelih anak kesayangannya Ismail a.s. Sifat taat yang hadir dalam diri kedua-dua Nabi Allah ini membuatkan Allah telah menggantikan tempat Ismail a.s dengan seekor kibas.Kita dapat melihat betapa besarnya pengorbanan yang telah dilakukan oleh seorang ayah yang taat akan perintah Khaliq. 
          Jika dilihat, Islam tidak dapat dijulang tanpa pengorbanan. Pengorbanan yang telah dilakukan oleh para anbiya', pejuang-pejuang dan para ulama' terdahulu telah berjaya menyebarkan syiar Islam di seluruh dunia. Islam tidak dapat melebarkan sayapnya di seluruh dunia andai para anbiya', pejuang-pejuang serta para ulama hanya duduk dan berpeluk tubuh sahaja. 
           Sebenarnya Islam sangat menuntut umatnya untuk melakukan pengorbanan terutamanya bagi umat Islam yang hidup di dunia yang semakin serba canggih. Dunia yang semakin moden dan pesat ini mampu menyemaikan perasaan ‘     حب الدنيا’dalam diri setiap manusia. Ini disebabkan ramai di kalangan manusia sekarang, mampu dalam mengkhianati, memfitnah sahabat baik atau ahli keluarga  hanya kerana merebutkan dunia. Hanya kerana ingin membolot kebendaan dengan jalan pintas, seseorang itu sanggup menjadi ‘duri dalam daging’, ‘api dalam sekam’, serta ‘gunting dalam lipatan’.
           Oleh itu, untuk kembali memartabatkan daulah Islam, kita sebagai umatnya wajib merujuk kembali kepada harta yang telah ditinggalkan oleh baginda Muhammad SAW yaitu al-Quran dan as-Sunnah. Hanya dengan harta inilah umat Islam yang telah ditinggalkan oleh Nabi SAW tidak akan sesat untuk selamanya. Selain itu, fahami keperluan jihad dengan erti kata yang sebenarnya LILLAHI TAALA serta amal makruf nahi mungkar. Sentiasa membawa kata ‘kullil haq walau kana murran’, serta sentiasa berkorban dalam semua bidang tidak kira ilmu dunia ataupun ilmu akhirat. Insyaallah, bi iznillah jika ada yang sanggup berkorban serta berjuang maka dunia menjadi aman serta hidup dalam Mardhatillah.
          Sempena dengan Iduladha kali ini, tidak salah jika kita sebagai umat Islam saling memperingati diri kita dan memahami konsep korban dengan sebenar-benarnya supaya syiar Islam dapat ditegakkan, daulah Islam dapat dilaksanakan serta menjadi umat Nabi Muhammad yang sangat membanggakan kerana berjaya menegakkan hak dan membanteras kebatilan dalam dunia akhir zaman ini. –Wallahu a’lam

    >SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA<

    Doa Rabitah..


     

    untuk kita semua yang punya hati. bacakan doa ini moga dipelihara daripada penyakit hati.


    YA ALLAH,

    Engkau mengetahui hati-hati ini

    telah berkumpul kerana mengasihiMU,

    bertemu untuk mematuhi perintahMU,

    bersatu memikul beban dakwahMU,

    hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk

    mendaulat & menyokong syariatMU,

    maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatannya...

    Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini

    akan jalanNYA yang sebenar,

    Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu

    yang tidak kunjung malap,

    Lapangkanlah hati-hati ini dengan

    limpahan iman dan keyakinan

    dan keindahan tawakkal kepadaMU,

    Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan

    ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,

    Jika Engkau mentakdirkan mati,

    maka matikanlah pemilik hati-hati ini

    sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,

    Engkaulah sebaik-baik sandaran

    dan sebaik-baik penolong,

    YA ALLAH,

    Perkenankanlah permintaan ini..amin

    Saturday 5 November 2011

    15 MUSUH IBLIS

    Pernah terjadi peristiwa dimana Allah SWT memerintahkan Iblis menemui Rasulullah SAW dan menjawab segala pertanyaannya. Lalu Iblis pun mengunjungi Baginda dengan menyamar sebagai seorang tua bangka yang memegang sebatang tongkat.

    Nabi SAW bertanya: "Man anta?"(Siapa awak?)
    Iblis menjawab: " Saya Iblis"
    Nabi SAW bertanya lagi:"Apakah tujuan kamu datang?"
    "Allah memerintahkan aku datang menemuimu dan menjawab segala pertanyaan anda" jawab Iblis.
    "Wahai Iblis,berapa banyakkah musuh-musuh kamu dari kalangan umatku?" tanya baginda SAW
    Lalu Iblis pun menjawab:"15 orang"

    15 orang yang dimaksudkan oleh iblis itu ialah:
    • Nabi Muhammad SAW
    • Imam yang adil
    • Orang Kaya yang rendah diri
    • Peniaga yang jujur
    • Orang alim yang sembahyangnya khusyuk
    • Orang beriman yang suka memberi nasihat
    • Orang beriman yang pengasih
    • Orang yang taubat dan benar-benar insaf
    • Orang yang tidak mahu membuat kemungkaran
    • Orang beriman yang sentiasa berwudhuk
    • Orang beriman yang banyak bersedekah
    • Orang beriman yang berkelakuan baik
    • Orang beriman yang memberi manfaat kepada orang lain
    • Orang yang mengamalkan dan terus menerus membaca al-Quran
    • Orang yang menegakkan ibadah pada waktu malam,sedangkan orang lain sedang nyenyak tidur
    -adakah kita tergolong dalam golongan yang di atas?sentiasa lah kita menjadi orang yang dibenci oleh Iblis laknatullah.

    p/s:Ingat-ingat=)





    Monday 31 October 2011

    INSAF DI AKHIR USIA

    Pagi tadi aku join kawan-kawan g shopping. Walaupun pokek kosong, tapi still ag kuar shopping. Sementara dorang duk cari ape yang dorang nak,aku pun boleh cuci-cuci mata. Dalam duk cuci mata,ternampak satu buku yang begitu mengujakan.'KEINSAFAN DI PENGHUJUNG USIA' by Kasmuri Selamat MA.tiba-tiba aku nak share someting ngan korang sume
    setiap daripada kita xkan telepas dari melakukan kesilapan..betul x? xder orang yang sempurna dan insan x lari dari nisyan.tapi seeloknye kite selalu muhasabah diri dan menginsafi setiap kesalahan yang kita telah lakukan samada sengaja ataupun x sengaja.
    dalam buku ni de dimuatkan syair:
    "Lakukanlah taubat dengan penuh harapan pada dirimu sebelum datangnya maut dan sebelum mulutmu terkunci.Bersegeralah bertaubat wahai jiwa-jiwa yang tertutup, kerana taubat ibarat harta bagi orang-orang yang akan kembali."
    Saki baki hidup kita yang masih ade ni mestilah digunakan untuk membuat amal kerana amal itu akan digunakan dalam kehidupan selepas kematian.walaupun ramai yang tahu tentang kehidupan selepas kematian,tapi ramai yang masih menangguhkan taubat.
    so hidup ni sementara je..bila-bila masa akan dijemput bertemu dengan sang Pencipta. jadi masa yang ada sangat berharga.selagi nyawa di badan jangan la di sia-siakan...
    firman Allah SWT dalam surah an-Nahl:61: 
                     "maka apabila sudah tiba ajal seseorang tidak dapat dilewatkan dan dicepatkan          walaupun sesaat"

    konklusinye,jom la kita muhasabah diri n bersegera tuk bertaubat.

    Monday 17 October 2011

    syukur pada Mu

    album:Permata Hijjaz 1431

    SubhanalLah AlhamdulilLah
    Syukur pada ALLAH yang menciptakan kita

    Seluas lautan
    Yang tidak pernah ada tepinya
    Itulah nikmat kurnia-Nya selama ini

    Sesekali diri diuji
    Hingga tak berdaya langkahku
    Itu sebenarnya
    Nikmat kasih sayang dari-Mu padaku

    Di dalam hati yang keresahan
    Kau datang menemani
    Memberi sinar penuh harapan

    Di dalam hati yang kekosongan
    Kau isikan kasih-Mu
    Agar jadi panduan menerus kehidupan

    Doa ikhlas silih berganti
    Di hati

    SubhanalLah AlhamdulilLah
    Syukur pada ALLAH yang menciptaka

    Terima dengan syukur
    Segala pemberian-Nya
    Pasti ada kemanisan yang tersembunyi

    Saturday 15 October 2011

    Amanah Allah


    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Takutlah akan Allah dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu. ”
    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


    Huraian
    i)Anak-anak adalah amanah Allah S.W.T yang telah diserahkan kepada ibubapa untuk dijaga dan dipelihara dengan membimbing mereka ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. 

    ii) Membeza-bezakan anak adalah faktor yang boleh merosakkan peribadi dan jiwa mereka kerana akan timbul perasaan hasad dengki hingga membuatkan mereka sering bergaduh dan hilang rasa kasih sayang sesama sendiri.

    iii) Sewajarnya ibubapa menyamakan layanan antara anak-anak tanpa mengira lelaki atau perempuan, sempurna atau cacat, cantik atau tidak kerana semua perkara dari segi pakaian, makanan, pemberian, kasih-sayang dan sebagainya adalah hak mereka yang mesti dipenuhi dan diberi sama rata apatah lagi hubungan antara ibubapa dan anak adalah hubungan yang bersifat kewajipan dan tanggungjawab. 

    iv) Sesungguhnya ibubapa yang berlaku adil akan diberkan ganjaran syurga di akhirat kelak sebagaimana yang tersebut dalam hadith Rasulullah s.a.w, maksudnya:” Sesiapa yang mempunyai anak perempuan, kemudian tidak dihinakan dan tidak mengutamakan anak lelaki dari anak perempuan, nescaya dia dimasukkan Allah ke dalam syurga.” (Abu Daud & Hakim) 

    Thursday 4 August 2011

    katakan TAK NAK pada 'virus'

    mencegah lebih baik daripada mengubati...lebih baik kita ambil langkah berjaga-jaga sebelum sakit itu mendekati kita..tapi kadang kadang,kita da cuba sedaya upaya tuk jaga kesihatan..tapi sakit tue tetap menjengah kita...puas amik vitamin dan segala supplemen yang ade kat pasaran tapi tetap tak berkesan...last sekali hati yang sakit..huhuhu...tue tandanya diri kita masih disayangi oleh sang Khaliq..sakit yang datang mungkin merupakan peringatan buat diri kita yang sering lupa,leka dan alpa..sifat insan itu kan nisyan(pelupa)???atau mungkin juga sakit tue sebagai kaffarah buat dosa-dosa kita yang dulu-dulu..
    jom kita share ape yang boleh di share....tak salahkan nak meng'share' cara-cara mengatasi penyakit dalaman ataupun luaran...=)
    'Enter' the masjid,
    'insert' ur solah,
    'Forward' ur sadaqah,
    'Download' pahala,
    'Firewall' ur iman,
    'Backspace' from syaitan,
    'Bookmark' to Jannah,
    'Delete' all ALLAH's enemies,
    'Copy paste' from Al-Qur’an n Sunnah,
    'Help' ur brothers n sisters in Islam,
    'File' ur amal,
    'Edit' ur akhlaq,
    'View' ur good n bad deeds,
    'Search' 4 the right path,
    'Recycle Bin' ur sins with taubah, and..
    InsyaALLAH u will never get ‘virus’
    * Renung-renungkan dan Selamat Beramal*

    Thursday 28 July 2011

    agak mendebarkan bagi aku n kawan-kawan serumah...mana tidaknye...malam ni harimau bertemu singa tuk pusingan kedua...semua mengharapkan agar harimau dapat membaham singa..separuh masa pertama, masih 0-0....bila masuk jer separuh masa kedua..malaysia berjaya menjaringkan gol....n pada minit ke 72 singapore pulak yang menjaringkan gol..dengan keputusan 1-1 harimau malaya terkeluar dari kelayakan piala dunia 2014..ape2 pun bangge dengan Safee sali n Khairul Fahmi kerana menjadi super hero malaysia...=)

    Wednesday 27 July 2011

    Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2014 - Malaysia vs Singapore

    Harimau Malaya vs Singa - mampukah kemenangan berpihak pada kita??? tak sabar nak tunggu hari khamis...segala akan terjawap pada malam tu nanti...keputusan 3-5 ditempat lawan pada hari sabtu lepas sememangnya amat mendukacitakan....jurulatih skuad Malaysia K.Rajagopal perlu memilih pemain yang mantap tuk barisan pertahanan...apepun skuad Harimau Malaya perlu bangkit tuk menyerang Singa n menang di tempat sendiri
    -sokonglah skuad Harimau Malaya malam khamis ni ok....=)

    "Marhaban ya Ramadhan"

    selamat datang bulan perjuangan...jika seluruh bulan adalah noda..maka Ramadhan adalah pemutihnya....“ Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.” 
    Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang setiap tahun dinantikan ketibaannya oleh setiap umat Islam kerana ia bulan yang mulia dan memberikan terlalu banyak faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang menghayatinya.  Pada keseluruhannya, bulan Ramadhan ini terbahagi kepada 3 bahagian:
    ·         10 malam pertama: Untuk mendapat rahmat Allah SWT yang mencurah-curah
    ·         10 malam kedua: Untuk mendapat keampunan  Allah SWT
    ·         10 malam terakhir: Untuk mendapat pelepasan dari azab neraka
    FADHILAT (KELEBIHAN) RAMADHAN
    1)      Pintu Langit dibuka
    Sabda Rasulullah SAW: “Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatkan semua syaitan”
      Riwayat Bukhari dan Muslim

     
    2)     Pintu-pintu Syurga dibuka
    Sabda Rasulullah SAW: “ Pada malam pertama bulan Ramadhan, diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibuka pintu-pintu syurga dan tidak ditutup satu pun darinya.”
     Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah
    3)      Malam Lailatul-Qadr
    Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah dalam surah Al-Qadr, malam Lailatul Qadr itu mempunyai fadhilat yang sangat besar. Ganjaran bagi mereka yang beriktikaf dan beribadat pada malam ini menyamai ibadat selama 1000 bulan atau 83 tahun.
    Tanda-tanda malam Lailatul Qadr ialah:
    *suasana pada malam itu tenang dan damai
    *tidak panas dan tidak terlalu sejuk
    *cahaya matahari pada keesokan harinya tidak terlalu terik
    Dalam sohih Muslim disebutkan bahawa pada malam ini, seramai 70,000 malaikat turun dari Sidratul Muntaha ke bumi. Mereka membawa rahmat Allah, memasuki rumah-rumah dan memberi salam kepada orang Islam (kecuali rumah yang mempunyai anjing). Apabila matahari naik,maka para malaikat akan naik dengan serentak. Sayap puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas matahari, menyebabkan suasana di bumi dingin dan tenang.

    4)      Amal Ibadah bulan Ramadhan :
    Dalam khutbah terakhir bulan Syaaban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan berbagai amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan:
    * Solat sunat Terawih
    * Solat – solat sunat yang lain
    * Bantu- membantu seperti bersedekah
    * Memberikan hidangan berbuka puasa
    * Banyakkan membaca Tahlil, Syahadah, Tasbih,Berzikir dan sebagainya
    * Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon ampun kepada Allah SWT
    * Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
    * Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran
    * Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk jangan mengumpat, bergaduh,boros dalam belanja,fitnah menfitnah, berbohong dan sebagainya.


    5)      Ganjaran Pahala Ibadah : bagi mereka yang mengerjakan amal ibadah dalam bulan Ramadhan adalah berlipat kali ganda.
    ·         Ibadah fardhu – diberi pahala sehingga tujuh puluh kali ganda
    ·         Ibadah Sunat – diberi pahala seperti ibadah fardhu (bulan-bulan biasa)
    6)      Fadhilat –fadhilat lain
    ·         Doa orang yang puasa dimakbulkan Allah SWT
    ·         Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka puasa dan apabila bertemu Allah pada Hari Kiamat kelak
    ·         Setiap kali orang yang berpuasa Ramadhan bersujud dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70 000 malaikat memohonkan keampunan baginya dari pagi hingga petang.

     -SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK & SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA-

    signatures

    : : Pooh : :

    : : Pooh : :