salam

bckground

Menghitung Hari

Wednesday, 27 July 2011

"Marhaban ya Ramadhan"

selamat datang bulan perjuangan...jika seluruh bulan adalah noda..maka Ramadhan adalah pemutihnya....“ Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.” 
Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang setiap tahun dinantikan ketibaannya oleh setiap umat Islam kerana ia bulan yang mulia dan memberikan terlalu banyak faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang menghayatinya.  Pada keseluruhannya, bulan Ramadhan ini terbahagi kepada 3 bahagian:
·         10 malam pertama: Untuk mendapat rahmat Allah SWT yang mencurah-curah
·         10 malam kedua: Untuk mendapat keampunan  Allah SWT
·         10 malam terakhir: Untuk mendapat pelepasan dari azab neraka
FADHILAT (KELEBIHAN) RAMADHAN
1)      Pintu Langit dibuka
Sabda Rasulullah SAW: “Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatkan semua syaitan”
 – Riwayat Bukhari dan Muslim

 
2)     Pintu-pintu Syurga dibuka
Sabda Rasulullah SAW: “ Pada malam pertama bulan Ramadhan, diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibuka pintu-pintu syurga dan tidak ditutup satu pun darinya.”
 –Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah
3)      Malam Lailatul-Qadr
Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah dalam surah Al-Qadr, malam Lailatul Qadr itu mempunyai fadhilat yang sangat besar. Ganjaran bagi mereka yang beriktikaf dan beribadat pada malam ini menyamai ibadat selama 1000 bulan atau 83 tahun.
Tanda-tanda malam Lailatul Qadr ialah:
*suasana pada malam itu tenang dan damai
*tidak panas dan tidak terlalu sejuk
*cahaya matahari pada keesokan harinya tidak terlalu terik
Dalam sohih Muslim disebutkan bahawa pada malam ini, seramai 70,000 malaikat turun dari Sidratul Muntaha ke bumi. Mereka membawa rahmat Allah, memasuki rumah-rumah dan memberi salam kepada orang Islam (kecuali rumah yang mempunyai anjing). Apabila matahari naik,maka para malaikat akan naik dengan serentak. Sayap puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas matahari, menyebabkan suasana di bumi dingin dan tenang.

4)      Amal Ibadah bulan Ramadhan :
Dalam khutbah terakhir bulan Syaaban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan berbagai amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan:
* Solat sunat Terawih
* Solat – solat sunat yang lain
* Bantu- membantu seperti bersedekah
* Memberikan hidangan berbuka puasa
* Banyakkan membaca Tahlil, Syahadah, Tasbih,Berzikir dan sebagainya
* Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon ampun kepada Allah SWT
* Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
* Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran
* Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk jangan mengumpat, bergaduh,boros dalam belanja,fitnah menfitnah, berbohong dan sebagainya.


5)      Ganjaran Pahala Ibadah : bagi mereka yang mengerjakan amal ibadah dalam bulan Ramadhan adalah berlipat kali ganda.
·         Ibadah fardhu – diberi pahala sehingga tujuh puluh kali ganda
·         Ibadah Sunat – diberi pahala seperti ibadah fardhu (bulan-bulan biasa)
6)      Fadhilat –fadhilat lain
·         Doa orang yang puasa dimakbulkan Allah SWT
·         Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka puasa dan apabila bertemu Allah pada Hari Kiamat kelak
·         Setiap kali orang yang berpuasa Ramadhan bersujud dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70 000 malaikat memohonkan keampunan baginya dari pagi hingga petang.

 -SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK & SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA-

No comments:

Post a Comment

signatures

: : Pooh : :

: : Pooh : :