salam

bckground

Menghitung Hari

Saturday, 31 December 2011

Friday, 23 December 2011

12 KUNCI-KUNCI MENCAPAI KEJAYAAN

KATA SAIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH: "Bagi setiap nikmat terdapat kunci untuk membukanya dan akan ada kunci untuk menyelaknya. Kunci untuk membukanya adalah SABAR manakala kunci penyelaknya adalah MALAS.

 
                                                  kunci kejayaan

                                                  kunci  penghalang

 1. Kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah dan RasulNya
 2. Kunci rezeki adalah berusaha disertai dengan istighfar dan ketaqwaan
 3. Kunci syurga adalah Mengesakan Allah 
 4. Kunci iman adalah merenungkan ayat-ayat Allah dan tanda-tanda kebesaran yang ada  pada makhluk-makhlukNya
 5. Kunci kebaikan adalah kejujuran
 6. Kunci kehidupan hati adalahmerenung al-Quran,berdoa di malam hari dan meninggalkan dosa
 7. Kunci ilmu pengetahuan adalah tidak malu untuk bertanya dan mendengar dengan baik
 8. Kunci kemenangan dan kejayaan adalah sabar
 9. Kunci kebahagiaan adalah taqwa
10. Kunci bertambahnya nikmat adalah bersyukur
11. Kunci mencintai akhirat adalah zuhud terhadap dunia
12. Kunci agar permintaan dimakbulkan oleh Allah adalah berdoa


jadi,=)



Monday, 12 December 2011

TIPS UNTUK PARA HAFIZ...

 
19 hari lagi da msuk tahun baru..Sedar x sedar, da 4 minggu sekola cuti..x lama lagi, sekola akan mula bukak macam biasa...ini bermakna da nak mula sesi 2012...secara tak langsung...aku akan mula bertugas setelah lama bercuti..
    Pas ni...mengajar + tugasan lain akan menanti semua guru-guru...ermm untuk mulakan sesi pelajaran tahun depan..ape kata aku sharing sikit tips untuk menghafal..memandangkan aku mengajar subjek yang berkaitan dengan hafalan.......
    Menghafal...macam senang...bunyi macam senang...dengar macam senang...nampak pun macam senang... tapi, hakikatnya hafazan ni...memang sukar untuk dilakukan. Lebih sukar apabila menjaga apa juga yang telah kita hafal dari mula supaya tidak mudah lupa...
     Dibawah terdapat tips menghafal supaya dapat dikongsi dan diamalkan oleh kita semua...Nabi SAW berpesan..." Sampaikanlah sesuatu walaupun sepotong ayat "...
  


JOM TENGOK!!!
  1.  Sebaiknya menghafal pada awal pagi selepas selesai solat Subuh. Pada waktu hening dan sunyi, memudahkan kita untuk menumpukan pada apa yang kita ingin hafal.
  2.  Memulakan dengan doa penerang hati, selawat ke atas Nabi  dan membaca Al-Fatihah sebanyak 3 kali. Kemudian baca apa yang kita ingin hafal.
  3. Baca berulang kali sehingga kita faham.
  4. Ulang membaca tanpa melihat buku sehingga kita benar-benar ingat dan faham.
  5. Setelah berjaya mengingati perkara yang kedua..ulang semula perkara pertama yang kita hafal tadi...    Begitu lah seterusnya sehingga selesai..


 DOA PENERANG HATI

SELAWAT  KE ATAS NABI SAW
WALLAHU'ALAM....

    Friday, 9 December 2011

    WASIAT LUQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAKNYA...

    1) Wahai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam. Ramai manusia telah karam di dalamnya. Jika engkau ingin selamat agar tidak karam, larilah dari lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan lariannya ialah tawakkal kepada Allah swt.

    2) Orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan Allah swt. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat daripada orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan daripada Allah swt.

    3) Wahai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka orang itu akan sentiasa tawaduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan sentiasa menghindarkan dirinya daripada  melakukan maksiat.

    4) Wahai anakku, seandainya orang tua memarahimu, maka marah itu sebenarnya sebagai siraman air bagi taman-taman yang kering kontang.

    5) Jauhi dirimu  daripada berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu akan menjadikan dirimu hina pada waktu siang dan malam.

    6) Dan selalulah berlindung kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan kamu menderhaka, takutlah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takut. Tentunya engkau akan terlepas dari sifat putus asa dari rahmat Allah swt.





    Tuesday, 6 December 2011

    SOUTUS SOFWA - Maal Hijrah



    P/S > Hayati bersama perjalanan hijrah Rasulullah dan para sahabat...serta terapkan dalam kehidupan kita...umat masa kini...agar kita sentiasa mengikuti qudwah hasanah daripada Rasulullah SAW

    Thursday, 1 December 2011

    SALAM MAAL HIJRAH............










    Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Puasa yang lebih utama selepas Ramadhan ialah puasa di dalam bulan Allah yang dimuliakan iaitu bulan Muharram. Manakala sembahyang sunat yang afdhal selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang sunat di waktu malam (terutama di malam bulan Ramadhan).

    Ramai dikalangan umat Islam lebih meraikan TAHUN BARU mengikut kalendar Masihiah berbanding TAHUN BARU HIJRIAH. MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sampai ke hari ini. Selain daripada membaca doa akhir tahun selepas waktu  Asar  hari terakhir bulan Zulhijjah (Allah akan ampunkan segala dosa-dosa yang lalu).dan doa awal tahun apabila masuk waktu Maghrib hari terakhir bulan Zulhijjah (Allah akan mengutuskan dua malaikat agar kita terpelihara dari melakukan maksiat), banyak amalan sunat lain yang boleh kita lakukan di sepanjang bulan Muharram ini.
     
    ANTARA AMALAN-AMALAN  YANG DISUNATKAN PADA BULAN MUHARRAM INI IALAH:
    > Berpuasa : Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

     Dari Abi  Said, aku dengar Rasulullah SAW bersabda: “ Bahawa hari ini Hari Asyura dan tidaklah diwajibkan keatas kamu berpuasa tetapi aku berpuasa. Maka sesiapa yang hendak berpuasa, berpuasalah dan sesiapa yang tidak mahu, tinggalkanlah.” (Riwayat Bukhari & Muslim). 
    Fadhilatnya - Diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi). Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. 
    >Melapangkan masa/belanja anak isteri.
    Fadhilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
    >Memuliakan fakir miskin. 
    Fadhilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 
    >       >Menahan marah.
          Fadhilatnya- Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha. 
          >Menunjukkan jalan bagi orang yang sesat.
         Fadhilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
         >Menyapu/mengusap kepala anak yatim. 
         Fadhilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
      >Bersedekah. 
        Fadhilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.   
        >Memelihara kehormatan diri. 
        Fadhilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
        > Mandi Sunat. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
        Fadhilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
        >Bercelak. 
        Fadhilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
       > Membaca Qulhuwallah hingga akhir (1,000 kali). 
       Fadhilatnya - Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.   
       >Sembahyang sunat empat rakaat. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X."
       Fadhilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walaupun telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. 
       >Membaca "Has Biyallahu Wa Nikmal Wakiil, Nikmal Maula Wa Nikman Naseer".    
       >Menjamu orang berbuka puasa. 
       Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

     Marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram". (Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).


    signatures

    : : Pooh : :

    : : Pooh : :