salam

bckground

Menghitung Hari

Thursday 1 December 2011

SALAM MAAL HIJRAH............










Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Puasa yang lebih utama selepas Ramadhan ialah puasa di dalam bulan Allah yang dimuliakan iaitu bulan Muharram. Manakala sembahyang sunat yang afdhal selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang sunat di waktu malam (terutama di malam bulan Ramadhan).

Ramai dikalangan umat Islam lebih meraikan TAHUN BARU mengikut kalendar Masihiah berbanding TAHUN BARU HIJRIAH. MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sampai ke hari ini. Selain daripada membaca doa akhir tahun selepas waktu  Asar  hari terakhir bulan Zulhijjah (Allah akan ampunkan segala dosa-dosa yang lalu).dan doa awal tahun apabila masuk waktu Maghrib hari terakhir bulan Zulhijjah (Allah akan mengutuskan dua malaikat agar kita terpelihara dari melakukan maksiat), banyak amalan sunat lain yang boleh kita lakukan di sepanjang bulan Muharram ini.
 
ANTARA AMALAN-AMALAN  YANG DISUNATKAN PADA BULAN MUHARRAM INI IALAH:
> Berpuasa : Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

 Dari Abi  Said, aku dengar Rasulullah SAW bersabda: “ Bahawa hari ini Hari Asyura dan tidaklah diwajibkan keatas kamu berpuasa tetapi aku berpuasa. Maka sesiapa yang hendak berpuasa, berpuasalah dan sesiapa yang tidak mahu, tinggalkanlah.” (Riwayat Bukhari & Muslim). 
Fadhilatnya - Diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi). Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. 
>Melapangkan masa/belanja anak isteri.
Fadhilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
>Memuliakan fakir miskin. 
Fadhilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 
>       >Menahan marah.
      Fadhilatnya- Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha. 
      >Menunjukkan jalan bagi orang yang sesat.
     Fadhilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
     >Menyapu/mengusap kepala anak yatim. 
     Fadhilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  >Bersedekah. 
    Fadhilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.   
    >Memelihara kehormatan diri. 
    Fadhilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
    > Mandi Sunat. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
    Fadhilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
    >Bercelak. 
    Fadhilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
   > Membaca Qulhuwallah hingga akhir (1,000 kali). 
   Fadhilatnya - Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.   
   >Sembahyang sunat empat rakaat. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X."
   Fadhilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walaupun telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. 
   >Membaca "Has Biyallahu Wa Nikmal Wakiil, Nikmal Maula Wa Nikman Naseer".    
   >Menjamu orang berbuka puasa. 
   Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

 Marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram". (Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).


No comments:

Post a Comment

signatures

: : Pooh : :

: : Pooh : :